MURTABAK RAJA DARI KELANTAN BERINTIKAN DAGING BEREMPAH RM 16.00
MEE BANDUNG SEGERA RM 6.00 (5 PEK)
Langkawi terdiri dari 99 pulau di Laut Andaman, berada 30 km dari pantai barat laut darat Malaysia. Bersempadan dengan Thailand di sebelah Utara dan Indonesia di sebelah barat. Pada tarikh 15 Julai 2008 Sultan Abdul Halim Sultan Kedah bersempena meraikan jubli emas pemerintahanya, telah bersetuju menamakan Langkawi kepada Langkawi Permata Kedah. Langkawi adalah sebuah daerah di dalam negeri Kedah dan bandar Kuah adalah pusat pentadbirannya.
Etimologi
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi bererti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga bererti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri di atas Batu Kawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).